Monday 3 June 2013

MENYEDIAKAN AIR MANDIAN DARI DAUN-DAUN HERBA

Mandi
Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.
Mandi dedaun
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.
Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ( Vitex negundo ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai ( Lawsonia terma ), daun bonglai, daun mengkudu ( Morinda citrifolia ) dan rempah halba. Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.
Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi :-
· 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
· 10 helai daun limau purut
· 6 batang daun serai bersama serai
· halia muda sebesar 4 kali ibu jari
· 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
· 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
· seketul lengkuas atau 3 helai daunnya

CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI
Ambil periuk tanah ukuran sederhana. Sediakan bahan-bahan di atas. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjutkan. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.
Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.
Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

                                                                                     Mandi lulur
Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit.
Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita. Kebayakan ramuan mandian yang digunkan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.

Makanan Dilarang Semasa Pantang

Pengenalan

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.


Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucukpegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang


Wednesday 22 May 2013

TIPS LANSING UNT MUMMY :)


6 Petua mengempiskan perut dan melangsingkan badan.


Hello dan selamat tengahari kepada anda semua.
Tengah hari ni saya nak postkan tips mengempiskan perut. Pada mereka yang baru bersalin waktu berpantang adalah waktu terbaik untuk mengempiskan perut. Pakai saja bengkung bersalin tu sehingga 44 hari. Juga hanya tanggal waktu nak mandi sahaja. Selepas mandi pakai bengkung semula.
Cara ini lebih berkesan kerana jika kita tidak memakai bengkung, kita mempunyai potensi untuk makan lebih dari yang patut. Ada juga yang memakai bengkung di sebelah pagi tetapi menanggalkannya di waktu petang dan berlarutan sehingga malam. Cara ini kurang efektif kerana kita tidak bersungguh-sungguh dan sudah tentu kita tidak boleh merungut jika sehabis pantang perut kita masih menggeleber!
Baiklah jom kita lihat satu persatu petua yang saya kumpul dari sebuah majalah dan buku petua. Mudah-mudahan hasilnya menggembirakan kita ya! Sangat mudah kerana bahan-bahan yang di gunakan adalah bahan yang murah malah boleh di pasar atau di tanam sendiri. Jadi kepada pembaca yang mahu mencuba petua-petua di bawah jangan lepaskan peluang.
1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.
-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.
2.Lansing dengan teh dan limau kasturi.
-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.
3.Lansing dengan daun cekur.
-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.
4.Khasiat asam jawa.
-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.
5.Lansing dengan biji manjakani.
-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.
6.Temu hitam.
-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml
-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200 ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang.
Kepada pembaca yang ingin dan sedang mencuba petua ini nanti bagi tahulah kepada pembaca blog yang lain. Mungkin kejayaan anda akan menjadi inspirasi kepada mereka yang mungkin gagal dalam usaha mereka selama ini.
Selamat mengempiskan perut!

Panduan penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin

Penjagaan selepas kelahiran (postnatal) bermula selepas bersalin sehingga 42 hari. Kepentingan penjagaan postnatal adalah untuk memastikan kesihatan ibu dan anak berada dalam keadaan baik.
Dalam tempoh ini, penyusuan susu ibu dan kaedah merancang keluarga perlu diberikan perhatian.

Ibu
-Kesihatan diri termasuk mandi, pakai pakaian bersih, tuala wanita perlu ditukar dengan kerap.
-Penjagaan pada luka di luar permulaan faraj atau kemaluan
-Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang
-Rehat dan tidur yang cukup
-Senaman ringan semasa berpantang
-Pergerakan awal

Bayi
-Kebersihan bayi
-Penjagaan tali pusat sekurang-kurangnya sekali sehari atau bila perlu
-Perhatikan
-warna kulit bayi (kuning, pucat atau kebiruan.
-bayi yang aktif atau lemah
-Tanda-tanda jangkitan seperti demam atau kurang menyusu
-Tidak buang air kecil/besar
-Talli pusat sama ada mempunyai tanda kemerahan atauu berbau atau bernanah
*Sekiranya terdapat keadaan seperti di atas, sila dapatkan rawatan di klinik kesihatan/hospital dengan segera.

Amalan-amalan yang tidak digalakkan selepas bersalin
-Bersalai kerana kemungkinan boleh menyebabkan kekeringan air dalam badan
-Elakkan bertungku dan mengurut di bahagian perut dan di bahagian faraj yang mempunyai luka jahitan.
-Mengambil jamu dan ubat-ubatan yang tidak diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Wednesday 15 May 2013

MUMMY POST NATAL HOME SERVICES


Tempuh berpantang bagi para ibu merupakan satu tempoh 
yang penting di mana penjagaan yang rapi di perlukan 
terutama bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak.
Ketiadaan pengalaman atau ketiadaan ibu atau penjaga 
seringkali menimbulkan kerisauan pada ibu. 
Kami menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu dalam 
pantang selepas melahirkan berkonsepkan Traditional 
Melayu secara terus ke rumah para pelanggan. Usah 
bimbang, biar kami yang datang kepada anda. Harga yang 
berpatutan, malah kami menawarkan perkhidmatan yang 
lebih banyak, demi kepuasan para pelanggan.


Pakej terdiri dari:
PAKEJ MANIS (3 Hari Rawatan) @RM300

URUTAN SELEPAS BERSALIN (3 KALI)
BERTUNGKU (3 KALI)
MANDIAN HERBA (3 KALI)
PAKAIKAN BENGKUNG SERTA PARAM/PILIS

PAKEJ AYU (7 Hari Rawatan) @RM1000

URUTAN SELEPAS BERSALIN (3 KALI)
SAUNA (3 KALI)
BERTUNGKU (7 KALI)
MANDIAN HERBA (7 KALI)
SCRUB/LULUR (3 KALI)
PAKAIKAN BENGKUNG SERTA PARAM/PILIS (7 KALI)
MANDIKAN BAYI (7 KALI) 
MEMASAK UNTUK IBU DALAM PANTANG

PAKEJ ANGGUN (14 Hari Rawatan) @RM1800

URUTAN SELEPAS BERSALIN (3 KALI)
URUTAN HALIA/GINGER WRAPPING (1 KALI)
SAUNA (7 KALI)
BERTUNGKU (14 KALI)
MANDIAN HERBA (14 KALI)
SCRUB/LULUR (6 KALI)
PAKAIKAN BENGKUNG SERTA PARAM/PILIS (14 KALI)
MANDIKAN BAYI (14 KALI) 
MEMASAK UNTUK IBU DALAM PANTANG

PAKEJ JELITA (21 Hari Rawatan) @RM2700

URUTAN SELEPAS BERSALIN (3 KALI)
URUTAN AROMATHERAPHY (4 KALI)
URUTAN HALIA/GINGER WRAPPING (2 KALI)
SAUNA (10 KALI)
BERTUNGKU (21 KALI)
MANDIAN HERBA (21 KALI)
SCRUB/LULUR (9 KALI)
PAKAIKAN BENGKUNG SERTA PARAM/PILIS (21 KALI)
MANDIKAN BAYI (21 KALI) 
MEMASAK UNTUK IBU DALAM PANTANG

PAKEJ CANTIK (30 Hari Rawatan) @RM3800

URUTAN SELEPAS BERSALIN (4 KALI)
URUTAN AROMATHERAPHY (6 KALI)
URUTAN HALIA/GINGER WRAPPING (4 KALI)
SAUNA (14 KALI)
BERTUNGKU (30 KALI)
MANDIAN HERBA (30 KALI)
SCRUB/LULUR (12 KALI)
PAKAIKAN BENGKUNG SERTA PARAM/PILIS (30 KALI)
MANDIKAN BAYI (30 KALI) 
MEMASAK UNTUK IBU DALAM PANTANG

PAKEJ RATU (40 Hari Rawatan) @RM4500

URUTAN SELEPAS BERSALIN (4 KALI)
URUTAN AROMATHERAPHY (8 KALI)
URUTAN HALIA/GINGER WRAPPING (7 KALI)
SAUNA (20 KALI)
BERTUNGKU (40 KALI)
MANDIAN HERBA (40 KALI)
SCRUB/LULUR (15 KALI)
PAKAIKAN BENGKUNG SERTA PARAM/PILIS (40 KALI)
MANDIKAN BAYI (40 KALI) 
MEMASAK UNTUK IBU DALAM PANTANG

ALA CARTE & LAIN2

URUTAN SELEPAS BERSALIN SHJA (1 KALI) @RM70
URUTAN AROMATHERAPHY (1 KALI) @RM80
URUTAN HALIA/GINGER WRAPPING (1 KALI) @RM100

# PAKEJ PANTANG BERSALIN UNT IBU MELAHIRKAN SECARA CAESARIAN/PEMBEDAHAN ADALAH DISYORKAN SELEPAS 7 HARI – 10 HARI KELAHIRAN

Sila hubungi 017 2895415 (RINA) untuk maklumat lanjut & temujanji. 

 “Sebagai wanita kita haruslah menyayangi diri kita sendiri, ianya aset penting dan paling berharga”